Isnin, 23 November 2015

Zaman Kecilku

Assalamualaikum.


Selamat tengahari. Sambil minum kopi ni teringat pulak aku masa zaman aku kecil kecil dulu. haihh seronok nya rasa! Tak perlu fikir apa, fikir main je. Masa aku tadika yea masa tu dalam 7 tahun cemtu mak aku atau ayah aku akan bergilir hantar aku pergi sekolah. Aku ingat lagi masa tu mak aku mengandungkan fahmi. Dan perut masa tu pun dah boleh tahan besar maybe dalam 7 bulan. Sanggup petang2 kayuh basikal yang ayah aku beli tu ambik aku. Bukan tak ada motor tapi mak aku jenis takut sikit. Sampai sekarang ayah aku belikan motor ego tu bukan mak aku yang bawa malah aku yg jadik drivernya. Hehe mak mak. Pastu bila kandungan mak dah makin besar, nak tanak aku kena balik sendiri sebab ayah aku kerja so takdan nak ambil. Jadi start situ lah aku gi sekolah dengan Faza atau aku panggil dia Ateh. Aku tak tahulah pasaipa aku panggil dia cemtu tapi family aku pun panggil dia cemtu. Pegi ngan balik aku dengan dia. Petang balik sekolah main pondok pondok pun sama. Kami main masak masak kot. Haha kelakar bila ingat balik. Masa tu kawasan rumah aku memang takda budak perempuan. Pastu bila dah besar sikit dalam darjah 3 aku dah start pandai bawa basikal. Habis satu kampung aku round. Hari hari kerja aku berjalan je. Sorang pun jadi. Segala jenis tar dah pernah seret. Habis luka luka. Bila dah darjah 4 aku dah mula memancing. ni semua diorang lah. Bila musim cuti kat kawasan rumah aku ni banyak yang dah bergelar atok dan nenek so ramai la cucu cucu depa balik. Bila balik kami pun semua berjumpa. Kesemua ada 4 orang. Which means 3 lelaki, 1 perempuan iaitu aku. Haha. Kami pergi cari semua lubuk ikan yg mana ada disitu la kami stop memancing. Tapi diorang ni takut kalau dapat ikan, Takut apa, takut nak bawak balik rumah masing2 sebab kantoi la nnti ngan mak dorang yang dorang pi memancing. Jadi tukang penyimpan ikannya adalah aku. Bila mak aku tanya ikan siapa tu aku cakap la ikan dorang. Aku tak join dorang mancing aku cakap. Normally mak aku tak marah sangat just beleber sikit. Time tu aku tak kesah haha. Bila dah makin besau aku still berkawan lagi dengan diorang sampai la satu masa ayah aku marah. Aku dah jarang keluar dengan dorang. Tapi hubungan persahabatan aku dengan faza okay je. Kami selalu lepak kot. Bila dah tingkatan dah kurang rapat yela sebab masing masing dah besau dah kena jaga batas pergaulan. Seriously aku rindu sangat zaman masa kecil. Kalau lah masa boleh diundurkan, aku nak balik macam dulu. Rapat dan share segala problem. Tapi aku paling pantang kalau orang gandingkan aku dengan ateh. Aku tak tahu kenapa kalau ada yang cuba cuba usik aku dengan dia memang rasa nak lempang kasi bersepai je gigi orang tu. 


Hah tu baru masa kecil. Bila dah msuk menengah perangai aku melampau kot. Suka bergaduh. Pantang tak suka sikit perempuan tu hah kena la org tu. Ada la aku buat buat langgar bahu dia sekuat hati ke, pijak kaki masa lalu sebelah dia ke, kadang bisik kat telinga dia cakap aku menyampah kat kau. Cikgu pun aku melawan. Berdosa sangat aku. Nasib dah minta maaf masa nak exam spm haritu. Aku terpegaruh dngan kwan2. Lemah sangat. tapi tu salah aku sendiri. Aku pergi sekolah hanya untuk jumpa kwan kawan je. Kadang aku ponteng sekolah. Pakai baju sekolah but tuju ke lain. Tpi aku bersyukur sangat. Sedegil degIl aku aku tahu mana yang boleh mana tak boleh. Aku tahu jaga maruah aku, keluarga aku. Mak ayah aku dah bagi didikan sempurna tapi aku je msa tu makan hasutan setan lagha lagha bagail.Aku buat tu semua untuk kepuasan aku sendiri. Dan geng geng aku semua perempuan. No boys. Kami buat hal kami je. Bergossip, pasal berita terkini pun bincang, psal skincare ah rindunya zaman sekolah! Tapi kalau lah masa dapat diundurkan balik stu jer aku mintak. Aku nak belajar betul betul. Tapi alhamdulillah mungkin rezeki aku di poli je. Sis bersyukur hokeyh! Bila dah form4 aku dah sedar diri dimana aku dah mula belajar sikit2. Buat homework yang guru bagi dan follow semua yang cikgu ajar. Aku rasa masa tu pun sebab aku berkawan dengan budak budak baik. Tpi betullah zaman remaja zaman yang paling berharga. Zaman dimana kawan disitu kita. Kawan sentiasa ada. Jadi nasihat aku, pilih lah kwan yang boleh bawa kita ke arah kebaikan. Okay so sampai sini saja. Bai bai kamu ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan