Sabtu, 11 April 2015

Trengkas @ Gurisan Cacing

Assalamualaikum
and
Hai~,~

Harini hari sabtu.  Yang bertarikh 11/4.  Dan hari isnin ni merupakan final exam aku 13/4.  Sekarang aku dlm mnggu study week a.  Aku balik rumah hari selasa baru ni.  Tujuannya balik nak study a, kat sini tak boleh study, konon.  Pastu aku balik, aku tidur, tengok tv, baca novel dan makan tidur. Amik kau. Langsung tak study!  Dan semalam, aku balik ke kamsis.  Bila dh siap kemas barang semua, baru aku teringat eh aku tak baca lagi buku. Dah a paper isnin ni kira killer subject bg kos aku.  Subject ni pulak bukan boleh hafal je tahu, dia merupakan subject kemahiran.  Korang kena hafal sambil tu tangan kena guris perkataan tu.  Mmg kalau orang yg pemalas macam aku mmg jarang nk study.  Bila buka topic satu, menguap.  Masuk topic 2 terus tidur.  
Study ngan roomate. Sambil tu rehat sebentar bersama kelloggs. Hikss

Haa, dah abis dah time rehat.  Sekarang dah kena kerja semula.  Doakan aku yaa isnin nie.  Hehee.  Assalamualaikum.

Jumaat, 10 April 2015

Bioglo Milk Goats facial cleansing Review

Assalamualaikum 
and Haii

Harini aku nak review pencuci yang aku pakai sekarang.  Saja nak berkongsi keberkesananya pada yg baru nk memakainya.  Sebelum ni dah banyak dh pencuci yg aku pakai.  Baik yg jenis liquid, oil dan sabun yg jenis mandian tu.  Bila dah pakai banyak ni, baru tahu yg mana okay yg mana rosakkan kulit.  Kalu nak tahu, kulit aku ni jenis agak a kot berminyak em tapi tak juga.  Eh kira berminyak di zon t je.  Pastu jerawat pun kadang je naik.  Tapi, kalau aku tersilap pakai pencuci, habis a.  Habis kering, mengelupas and berjururawat la kau.  Hah, time tu mula a tabiat lama belum habis yg baru beli dah nk beli yang baru.  Skincare pun sama taw, kalau aku pakai sekali dua tak jadi aku tukar selalu.  Ntah mungkin aku ni ada tabiat membazir biar duit tak de pun.  Asal mak aku kasi duit lebih, jadi selalu buka insta usha skincare dr korea.  Teruk teruk.  Okay back to the topic.  

Pencuci yg aku ceritakan ni aku beli di cosway, kat Ecm.  Sebelum aku beli tu, aku usha lu dalam internet.  Aku usha2 tengok harga Rm18.90.  So, pada aku agak berpatutan a walaupun duit pun cukup nk makan kat kamsis je.  Pastu, pastu tanpa berfikir panjang, aku terus berlari keluar cari Rapid dan pecut ke Ecm.  Berpusing pusing cri last jumpa lah cosway.  Dan bila aku nak bayar, tiba tiba harga jadi rm22. Alahai, dah naik rupanya.  Nak taknak bayar je a.

Balik tu, excited gila kau nak pakai. Hari pertama aku pakai tu okay a takde pimples lagi.  Seterusnya pakai dlm seminggu okay.  Pastu smpai satu hari aku gatal tangan gi geledah barang lama dn terjumpa sabun dnars.  Aku gi pakai pastu amek kau.  Berterabur pimples atas dahi.  Gila ah. Pastu aku pakai semula bioglo smpai nak hbis and taraaa.  Muka aku yang penuh dgn mrs jejururawat habis hilang, muka pun bertambah cerah dan yg paling penting my skin lembut sesangat.  So, i vely2 high rekomen kat u'all yg sensitif skin.  Tapi satu jea.  Kena pakai berterusan.  Macam aku ni, kejap pakai kejap tak.  So, cepat pergi beli sekalang!:-)