Selasa, 24 November 2015

Dalaman

Assalamualaikum


Kecantikkan merupakan bonus pada setiap orang. Semua nak cantik, sapa tanak cantik even aku sendiri pun nak cantik. Istilah cantik pada zaman ni orang akan nilai pada kulit yang putih, tinggi lampai, hidung mancung, dan perfect lah katakan. tu semua propa. Terpengaruh dlam iklan tv. Pada pandangan aku cantik sekali pandang dah memang sah dia cantik. Berlainan dengan comel or manis ni, sekali pandang nak pandang lagi. Nak nak bila orang tu senyum. Kalau comel tu ramai la juga tapi kalau manis ni limited sikit bagi aku. Sebab normally yang manis manis ni biasa nya kulit nya sawo matang or coklat sikit. Haa la sedap mata memandang. Seronok aih ! Btw semua tu brmula dari dalam juga. kalau dalam hati tu bersih dia akan nampak semua nya cantik jer. So kalau nak cantik lawa manis comel kena la bermula dari dalam tu dulu. Bila dalam tu tak kotor segala perlakuan kat luar pun comel comel je. Hehe. Kecantikkan juga bukan luaran jer kena lah dalaman juga. Okay lah bai !


Isnin, 23 November 2015

Zaman Kecilku

Assalamualaikum.


Selamat tengahari. Sambil minum kopi ni teringat pulak aku masa zaman aku kecil kecil dulu. haihh seronok nya rasa! Tak perlu fikir apa, fikir main je. Masa aku tadika yea masa tu dalam 7 tahun cemtu mak aku atau ayah aku akan bergilir hantar aku pergi sekolah. Aku ingat lagi masa tu mak aku mengandungkan fahmi. Dan perut masa tu pun dah boleh tahan besar maybe dalam 7 bulan. Sanggup petang2 kayuh basikal yang ayah aku beli tu ambik aku. Bukan tak ada motor tapi mak aku jenis takut sikit. Sampai sekarang ayah aku belikan motor ego tu bukan mak aku yang bawa malah aku yg jadik drivernya. Hehe mak mak. Pastu bila kandungan mak dah makin besar, nak tanak aku kena balik sendiri sebab ayah aku kerja so takdan nak ambil. Jadi start situ lah aku gi sekolah dengan Faza atau aku panggil dia Ateh. Aku tak tahulah pasaipa aku panggil dia cemtu tapi family aku pun panggil dia cemtu. Pegi ngan balik aku dengan dia. Petang balik sekolah main pondok pondok pun sama. Kami main masak masak kot. Haha kelakar bila ingat balik. Masa tu kawasan rumah aku memang takda budak perempuan. Pastu bila dah besar sikit dalam darjah 3 aku dah start pandai bawa basikal. Habis satu kampung aku round. Hari hari kerja aku berjalan je. Sorang pun jadi. Segala jenis tar dah pernah seret. Habis luka luka. Bila dah darjah 4 aku dah mula memancing. ni semua diorang lah. Bila musim cuti kat kawasan rumah aku ni banyak yang dah bergelar atok dan nenek so ramai la cucu cucu depa balik. Bila balik kami pun semua berjumpa. Kesemua ada 4 orang. Which means 3 lelaki, 1 perempuan iaitu aku. Haha. Kami pergi cari semua lubuk ikan yg mana ada disitu la kami stop memancing. Tapi diorang ni takut kalau dapat ikan, Takut apa, takut nak bawak balik rumah masing2 sebab kantoi la nnti ngan mak dorang yang dorang pi memancing. Jadi tukang penyimpan ikannya adalah aku. Bila mak aku tanya ikan siapa tu aku cakap la ikan dorang. Aku tak join dorang mancing aku cakap. Normally mak aku tak marah sangat just beleber sikit. Time tu aku tak kesah haha. Bila dah makin besau aku still berkawan lagi dengan diorang sampai la satu masa ayah aku marah. Aku dah jarang keluar dengan dorang. Tapi hubungan persahabatan aku dengan faza okay je. Kami selalu lepak kot. Bila dah tingkatan dah kurang rapat yela sebab masing masing dah besau dah kena jaga batas pergaulan. Seriously aku rindu sangat zaman masa kecil. Kalau lah masa boleh diundurkan, aku nak balik macam dulu. Rapat dan share segala problem. Tapi aku paling pantang kalau orang gandingkan aku dengan ateh. Aku tak tahu kenapa kalau ada yang cuba cuba usik aku dengan dia memang rasa nak lempang kasi bersepai je gigi orang tu. 


Hah tu baru masa kecil. Bila dah msuk menengah perangai aku melampau kot. Suka bergaduh. Pantang tak suka sikit perempuan tu hah kena la org tu. Ada la aku buat buat langgar bahu dia sekuat hati ke, pijak kaki masa lalu sebelah dia ke, kadang bisik kat telinga dia cakap aku menyampah kat kau. Cikgu pun aku melawan. Berdosa sangat aku. Nasib dah minta maaf masa nak exam spm haritu. Aku terpegaruh dngan kwan2. Lemah sangat. tapi tu salah aku sendiri. Aku pergi sekolah hanya untuk jumpa kwan kawan je. Kadang aku ponteng sekolah. Pakai baju sekolah but tuju ke lain. Tpi aku bersyukur sangat. Sedegil degIl aku aku tahu mana yang boleh mana tak boleh. Aku tahu jaga maruah aku, keluarga aku. Mak ayah aku dah bagi didikan sempurna tapi aku je msa tu makan hasutan setan lagha lagha bagail.Aku buat tu semua untuk kepuasan aku sendiri. Dan geng geng aku semua perempuan. No boys. Kami buat hal kami je. Bergossip, pasal berita terkini pun bincang, psal skincare ah rindunya zaman sekolah! Tapi kalau lah masa dapat diundurkan balik stu jer aku mintak. Aku nak belajar betul betul. Tapi alhamdulillah mungkin rezeki aku di poli je. Sis bersyukur hokeyh! Bila dah form4 aku dah sedar diri dimana aku dah mula belajar sikit2. Buat homework yang guru bagi dan follow semua yang cikgu ajar. Aku rasa masa tu pun sebab aku berkawan dengan budak budak baik. Tpi betullah zaman remaja zaman yang paling berharga. Zaman dimana kawan disitu kita. Kawan sentiasa ada. Jadi nasihat aku, pilih lah kwan yang boleh bawa kita ke arah kebaikan. Okay so sampai sini saja. Bai bai kamu ! 

Kehidupan

Assalamualaikum 


Hi. Today im so sad. Idk why but i just wanna cry. Kadang hidup kita tak selalunya indah. Means dimana setiap manusia tu mesti akan diuji. Im not enough strong to faces all of this. Idk to whom i must share all of this. Yes, Allah is alwys by my side. Ive to faces all of this even im not ready for this. Theres a few questions on my mind tht i just wnt to know. Why are people don't appreciate us even we are doing everything untuk mereka. Aku tak minta balas but pls la hargai. Tak semua aku layan mcmmana aku layan kau.. Bcs youre special for me as a friends. Yea, tht me. When ive friends i really really appreciate them. But bila aku lebihkan kau dari yang lain means kau istimewa dalam kalangan diorang. Aku sayang kau dan aku harap kau pun sayang aku macamana aku sayang kau kawan. Aku nak kita still kawan sampai bila2. Aku nak kau ada time aku kahwin nanti. If ada rezeki kau jadi pengapit aku. Dan aku pun nak jadi pengapit kau. Itupun kalau kau izinkan. Aku rindukan kau. Aku rindukan gelak tawa kita. Aku ingat kau selalu tolong aku time susah. Tapi kadang aku kejam juga kalau aku tengah marah aku pakat lepas je apa yang aku nak cakap. Kadang haritu ada juga kau menangis sebab kata kata aku. Maafkan aku, aku tak sengaja. Kadng kita terlampau marah jadi kita sendiri tak tahu apa yang kita cakapkan, Tapi kita masing masing jauh terpisah. Kita hanya mampu berdoa agar siratulrahim yg ada ni kekal. Aku bukan apa, aku just penat sejak aku meningkat dewasa ni makin lama makin susah nak cari kawan yang boleh ada time susah dan senang. Sebab tu once ada kawan yang boleh tolong, bimbing sikit sikit kearah kebaikan mmg kena hargai dan teruskan berkwan dgn manusia pesen tu. Aku sayang kau, Kakak.


Okay, so next weeks my internship hv begins. Huh. Im not ready yet. But i must do it for my future. So theres many things tht i dont finished for the interview. I'll do it on this weekends mybe. Aku tak dapat bayang macamana aku nak pergi kerja diawal pagi sorang sorang tunggu bus sorang sorang dan lintas jalan raya yang besau sorang sorang memandangkan tempat li aku tu kat tengah bandar. Rumah aku takde la jauh mana nak kebandar tu dalam 5 minutes kalau tak jem. Tpi tula sebb nak kena lintas jalan tu., aku risau sorang sorang dengan keadaan Malaysia yang dah tak berapa nak aman sekarang ni. Yea penjahat dimana mana. Allah, mintak jauh. So i guess aku akan jadi kera sumbang di hari pertama tu. Aku ni bukan jenis pendiam. Hm. But i ve to faces all of this. So doakan aku semuanya selamat. Goodnight peeps ! 

Isnin, 16 November 2015

Umur berapa sepatutnya anak anda boleh menonton filem PG-13?

Assalamualaikum.


Nak dijadikan cerita, semalam aku dan kawan sekolah lama pi bandar. Kami berlima mengikut perancangan lah and then tiba tiba 2 orang tak dapat join. So, tinggal lah kami bertiga. Kami keluar mengikut seperti dirancang. Kebetulan tapi bukan kebetulan juga semalam hari ahad dan ye, hari terakhir dramafest berada di Megamall kuantan. Seronok aih !Ramai ngat retis popular nye dan orang tak payah nak sebut lah ramai kemain. Tapi dalam keramaian orang tu dan kami mmg takda peluang dapat snap pic ngan retis so kami bwa la diri masing2 jalan cuci mata je. Dalam pada jalan2 tu tiba tiba kawan sorang ni hilang ntah pi mana so puas pula aku pi cari merata. Jumpa jumpa duk teriaq woi meh sini aku jumpa ni. Kami berdua terkejut la pehal lak minah ni. Pergi2 ugpenye ada sorang retis ni haa duk dalam sebuah kedai phone sambil menyorokkan sedikit wajahnya. Aku cam sape ni, pi intai jap. Omg, keith foo ! Ala yang berlakon ariana rose tuuu. Alahai. Kami berbalah sama sendiri, ko la pi tanya nak tangkap gambar, kau lah, kau lah. hampir 15min duk tercegat kat situ, dan memandangkan tiket wayang dah menunjukkan masa nak mula dah kami masing2 okay2 kita pi sama2. Dah sampai depan dia tu, aih ketaq lutut cheq noo. Haihh licin betul kulit awak ye rajin pi spa lettew. So tangkap la gambarnya. keluar dari kedai tu msing2 sengih smpai ketelinga. Konon dapat bergambar dengan retis. Keluarkan phone balik tengok muka masing hmm semua pakat asal muka aku buruk doh dalam ni. Badmood datang kembali. Nak waat camne geng kita mmg tak lawa. Haihh sabaq jela..

Kami bergegas ke wayang yang berada di tingkat 3. Bergegas punya bergegas masuk2 mana start lagi. OH. Lupa. Aku tengok cerita Spectre 007 yang merupakan tontonan 13-pg. Permulaan cerita agak mengejutkan dimana gambar seolah olah perempuan yang berbogel dan ada percikkan api apa benda. Aku tengok sekeliling. dalam wayang ni penuh. ye. Tapi aku nak tengok ada tak budak2 kecil. Sebab bagi aku perempuan tu seolah2 berbogel tapi hanya dilitupi api2 sekeliling dia. Tapi yela kan filem luar negara. Apa kau kecoh sangat amira. 

Kemudian ada juga beberapa scene yang menunjukkan si bond 007 tu berciuman yang mana boleh dikatakan tidak berapa sesuai untuk tontonan anak2. Maksud aku untuk 13pg ni kalau cium biasa tu takpalah ni cium macam dah boleh apada. 


So, persoalanya sekarang ialah sesuaikah anak2 yang berumur dilingkungan belasan menonton aksi yang tak sepatutnya ditonton oleh mereka. Ye, di luar maksudnya di internet lain cerita. Ini di panggung wayang di mana cerita itu akan dipertontonkan dan perlu ditapis sebelum disiarkan kepada penonton. Negara Malaysia merupakan negara Islam. Dan setiap apapun undang2 mesti berasaskan Islam. so disini aku ingin meluahkan rasa rules yang dibuat kadang2 tak berapa sesuai. Boleh dikatakan filem yang sepatutnya ditonton pada usia  18-pg dibenarkan ditonton oleh kanak2 dibawah umur 18pg. Kurang sesuai. Kita sendiri tahu remaja kan merupakan harapan bangsa so kalau awal2 lagi fikiran mereka dah terpengaruh dengan aksi yang kurang bagus ini macamana.
Jadi aku rasa pihak wayang perlu pastikan balik samada suatu cerita tu layak tak peringkat umur tu nak tengok.

Sabtu, 14 November 2015

Cuti yang tak cuti

Assalamualaikum.

Hi gaiss. So here i am. Bangun diawal pagi pada pukul 6;15am untuk menunaikan solat subuh. Buka phone untuk check whatsapp yang tiada sapa nak chat, semak tuiter dan takde sapa pun nak mention. Kembali di tempat tidur. Pejam celik pejam celik jam menunjukkan pukul 9am. Bangun lagi sekali, kemas rumah and buat segala kerja yang patut kat rumah. Selepas selesai, tengok jam, dah pukui 11am. Bersiap untuk keluar beli sarapan and sedikit barang dapur for makan tengahari wth my mom. 12;30pm memasak. Dan seterusnya. Itulah rutin aku seharian untuk cuti semester ni. Menjadi suri rumah kedua di rumah ini. Seriously i dont know wht ive to do right now. 

Jumaat, 13 November 2015

Pertemuan dan Perpisahan

Assalamulaikum.


Pertemuan dan perpisahan. Salah satu perkara yang sering berlaku dan akan berlaku pada setiap manusia. Dan termasuk aku. Its the most things tht I hate, But as human, ini adalah ketentuan Ilahi dan kita sebagai hamba kena redha. Aku tak pernah hidup sebagai seorang student yang menjalani kehidupan di hostel sehinggalah aku diterima di ipta. Dan dari situ aku belajar berpisah dengan family yang langsung tak pernah berenggang sejak usia aku kecil sehingga lah dewasa. Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan cukup sempurna. Alhamdulillah. Adik beradik aku ada 5 orang. Abang, Kakak, Aku, Adik lelaki dan seorang adik perempuan. Alhamdulillah aku yang tengah dan aku dapat rasa kasih sayang dari setiap perangai loqlaq masing masing. Okay so berbalik pada tajuk entri ni. Setiap semester baru, roomates akan bertukar. dan setiap kali tula bila hujung sem masa nak berpisah aku akan menangis macam budak kecil yang tak dapat lolipop. Sedih woo pisah dengan kawan yang susah senang selama berapa bulan. Dah diibaratkan sebuah keluarga. Segala susah, lapar, sedih, gembira share bersama. So, semester ni merupakan semester yang sangat payah la. Yela sem depan kena latihan praktikal. Banyak sangat assignment, assesment dan pelbagai lagi lah. Dengan praktikal dalaman lagi. Sampai menangis2 aku rasa nak habiskan sem ni. Tapi dah habis just tunggu result keluar minggu depan. Wish me luck gaiss. Haisyh takut ya Rabb la yang tahu. Disebabkan pointer sem 2 aku menurun dengan jayanya so sem ni aku struggle betul betul. 

Sekarang pukul 9;26pm dan kepala aku pening sangat. Mungkin nak demam barangkali. I dont know why and it happened suddenly. mungkin juga aku rindukan kawan kawan aku mungkin. Tapi bila kat ipta ni tak la mudah nak cari seorang sahabat. yea, tak mudah. Kwan tu ramai je tapi nak cari yang boleh susah senang sama uih payah. Time kita senang, bersepah datang bertenggek. tapi time susah haa boleh kira berapa ketui je yang ada ngn kau. Jadi nak cari kawan hm kena pandai la. Dn kena pandai bawa diri juga. Tak boleh mengharapkan orang sangat. Hm aku rasa aku patut tidur sebab kepala macam nak haiih. Okay la, selamat malam gaiss. Assalamualaikum,



Sabtu, 13 Jun 2015

Local skincare or luar negara

Assalamualaikum

Holla. Apa khabar awk. Ye. Awk lah. Sy sihat alhamdulillah. Hehe. So sy harap awk pun sihat la hendaknya iye. Okay harini aku just duduk rumah sambil mengemas barang untuk aku bawak pada rabu depan. Haa? Kemas barang? Nak pergi mana? Lari rumah? Eh tak lah. Aku kan nak masuk belajar dah 18/6 ni. Berbalik pada tajuk entry aku kat atas tu. So apa pandangan korang? Lebih prefer local skincare or luar negara punya? 

As for me, aku dah pakai bermacam jenis produk muka. Dan hasilnya.. aku tetap aku. Haha tak cantik macam nora danish pun. Sobs sobs. Jadi aku ada sedikit kekeliruan dimana aku dah tak thu nk pakai apa brand dah. Pada pandangan aku, mmg lah kita kena support local produk. Tapi kalau skincare tempatan sekarang ni bersepah yang ada kimia terlalu banyak jadi perlu ke aku tetap setia menyokong. Tak semua but kebanyakkan. Aku dh cuba bnyak. Dn hampir kesemuanya ada bahan tu. Taknak la mention produk apa yg aku pakai sebab apa yang aku pakai lebih kurang je dengan apa yg korang pakai. Dimana tekstur siang nya lebih kuning dan malam putih melekit. As we know merkuri mempunyai tekstur yg melekit2. Bila apply, susah nak blend. Ah faham2 la.

Dan tak terkecuali produk from luar negara. Banyak juga yg aku dh pakai. Hasil memang jadi tapi lambat. Harga pun lebih kurang je produk skincare tempatan. Tapi dia selamat digunakan dalam tempoh yg panjang. Tak memudaratkan sangat. Jadi lepas ni beli lah produk yang ada kelulusan kkm. Takpun beli kat guardian, watson, bodyshop apa semua tu yang terjamin ada kelulusan. Sayang woo muka ada satu je. Kalau kita guna produk yang merbahaya ni, rosak muka. Memang la sekarang tak nampak lagi tapi bila dah cecah usia 30 haa amik kau jeragat apa semua bersepah. Sape tanak putih dalam masa 3-7 hari. Tapi mesti peliks kan kenapa boleh cerah dalam masa sekejap ngat. Mesti ada udang di sebalik api ni. Fikir fikir kan lah ye.

Satu lagi yang membelenggu fikiran aku ialah, pencuci apa yg lebih berkesan untuk membersih kotoran cacian di muka aku ni. Adakah sabun yang berbentuk buku, foam, mild yang lagi bersih digunakan? Aku dah try search merata en google makcik google dan hasil yang aku dapat kata kalau sabun buku tu tak sesuai dgn ph kulit muka kita. Bila kita guna, ia akan mengeluarkan minyak yg berlebihan dan menyebabkan mrs j tumbuh dengan banyak. Kalau yg jenis foam ia lebih sesuai dngn ph kulit wajah kita. Tapi tapi tapi, kenapa semua kwan aku pakai yg jenis berbuku tu. Dan dan muka diorang bersih je. Tapi bila aku pakai msti esok pagi bngun ada mrs j datang melawat. Benci a

Kang kalu tak pakai apa apa lari semua tngok muka aku. Nak tanak kena juga cari skincare yang elok dan sesuai dengan usia aku yg baru nk mencecah 19 uols. Baru hokeyh baru. Btw birthday kita tak lama lagi dah. Haa? Berapa haribulan? La tak tahu ke? Ye. Kan dah cakap haritu, tak korek telingo eh? Ye, ye betul tu. Hari jadi aku tahun special gila sebab jatuh pada hari khamis iaitu bersamaan 18/6 dan tarikh awal ramadhan yaw. Ye tarikh awal ramadhan dimana haritu aku sibuk mendaftarkan diri di pusat pengajian aku. So kita tengok jela sape yg ingat. Sobs sobs.

Kalau ada yg baca blog ni kongsi la skincare apa yg korang pakai. Padahal mmg tadek org kot bukak. Tapi takpelah who's care. Haha. Petang ni orang hantar tudung. Iye. Nak buat cmne saya mmg pemalas. Malas kuar rumah, malas nak bangun. Semua malas. So sy just beli online n pilih yg mana sediakan servis cod. Ye bagus. Mmg pun. Senang uols. Yelah kita kan busy apa semua tak dan nk gi mall. So kita order, dia hantar, bayar and sedia dipakai kemana jua. Tak gitew? Gitew la. Hokeyh dah cukup menaip sebab aku dah malas nk taip. See? Kan aku dah cakap aku pemalas. Apapun selamat bercuti di hujung minggu dimana harini terakhir la kira budak yg bersekolah sebab esok? Dah sekolah la. 
.
.
.

Okay bubye uols!