Ahad, 21 Disember 2014

Kahwin diusia muda. Setujukah anda?

Assalamualaikum and haii blogger sekalian.

     Hihi. Sukannya dapat menulis. Okay, harini kita nak buka isu pasal kahwin muda. Hm, setujukah anda tentang isu.kahwin muda ni? Ye, aku tahu aku pn agak muda untuk membahaskan tentang isu ni. Tetapi disebabkan kebelakangan ini sering kedengaran kat telinga aku pasal khwin muda ni. Everytime,everywhere ada je yg bercakap pasal khwin muda. Kat kelas,kat kamsis,kat umah pun dok ckp pasal isu kahwin muda. Dan aku tertanya tanya baguskah,haruskah dan patutkah kahwin muda ni??

     Rasanyaa ramai yang dah tahu kot baru ni ada budak, budak eh? Alaa, seumur ngn adik aku tu. Rasanya 15 tahun kot. Yeee, aku tahu aku tak ada hak nk ckp pasal dia, cuma aku mk jadikan contoh aje. Okay. Dia kahwin diusia 15 tahun. Hmm, pada pandangan aku mmg terlalu muda. Kalu diikutkan, mmg dlm islam digalakkan kahwin muda. Tak dinafikan banyak kebaikannya(baru lepas tnya en google). Dpt hindar dari maksiat dn banyak lagilah.

    Tetapi, yang aku pening memikirkannya, macamne dgn pembelajaran dia? Sudah semestinya dia akan berhenti belajar disebabkan dia akn kata nak fokus pada rumahtangga dia. Kalu pada pandangan aku la kan, zaman sekarang kalu tak ada sijil payah la nak kerja. Betul rezeki kat mana mana kalu tak ada sijil pun. Bukannya apa pun kan pada sijil? Tak bawa ke mana kan? Tapi, bila aku tengok pada zaman IT ni, nak masuk sana kena ada kelulusan nk masuk sini pun kena ada kelulusan. Jadi cmana. Em, dan yang paling penting bukan sijil sahaja, ilmu agana juga perlulah penuh didada. Sebabnya.. haa.. sebabnya kot kot la si isteri dia mengandung dan beranak, of course mereka kena didik anak pula. Tetapi, jika si ayah pun tak tahu iqamat dan azan macamna pula. Haisyh, rungsing aku.

     Bukannya tak bagi kawin awal, tapi banyak risiko nya. Jadi pada pandangan aku kahwin muda tak akan jadi masalah jika si suami dan si isteri sudah cukup ilmu dunia dan akhirat sebabnya esok esok mereka nak didik anak mereka pula. Tak dpt bayangkan bagaimana kalu diusia 15 tahun sudah memiliki anak. Pada usia sebegitu, aku masih berhingus di hidung. Ekeke., ye masih keanak anakan. Kadang waktu petang gi main ting ting kat depan umah.

    Kalu tanya aku kan, aku nak khwin. Hehhee(nampak tak kemiangan kat situ?). Tapi bila aku berfikir secara dewasa,(ececeh, dewasa konon)tak jdi la pula. Haisyh, kalu kahwin tnggungjawab kena jaga suami,pakai,minum, eh semua lah! Aku sendiri pun tak terurus lagi, duit makan pakai minta ngan mak ayah. Nak jadi ibu? Eh lagilah. Hampeh, tengok tengok mandikan anak pun tak bersih.

    Kesimpulannya, nak kahwin muda boleh, tapi kena dah ready from fizikal to mental lorh. Kalu U kahwin sebab nafsu ke hapa, mmg tak jadi la bahtera yg U bina tu. Btw, nak cakap, assignment aku tak siap lagi. Tak sentuh pun lagi. Alahaaii banyak meyh! Nak wat guAAAAAAAnoo yedok? Kalu lect tak kasi I assignment maka tak pandai la aku. Dahla semua kena typing. Habis la urat gemalai aku nih. Ada sesapa yg nk tlg buat tak??hehe. Inilah kesudahannya bila amik kos ni. Typing 24hours! Tapi takpelah, aku yg pilih, maka aku kena teruskan la. Doakan aku yaa moga moga siap la semua assignment aku, sebabnyaa naik cuti terus kena submit ke lect dah. K, nnti I tulis lagi ye? K, baii baii. Assalamualaikum :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan